SEKOLAH TRANSFORMASI 2.0

SEKOLAH TRANSFORMASI 2.0

Sejarah Penubuhan SULFA


P
ada detik bersejarah, 1981 terbinalah Sekolah Kebangsaan Indera Shahbandar yang menjadi gagasan tumpuan penduduk setempat dalam memilih lokasi pendidikan bagi generasi masa kini.
Bangunan asal sebelum ini juga merupakan surau yang digunakan untuk pengajian kelas KAFA oleh murid-murid dari SK Indera Shahbandar. Akibat berlakunya kerosakan yang teruk, surau ini telah dihentikan penggunaannya.
Pada 16 September 2016, surau ini telah mendapat nafas baru setelah permohonan untuk menaik taraf surau ini diluluskan oleh pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Naik taraf surau ini telah menelan belanja sebanyak RM80,000.00 dan masih memerlukan perbelanjaan sebanyak RM50,000.00 lagi untuk pembinaan bilik persalinan, tandas lelaki dan tandas perempuan.
Surau idaman warga SK Indera Shahbandar ini telah siap dibaikpulih pada 27 Disember 2016. Surau ini telah diilhamkan dengan nama “AL-FALAH” yang membawa maksud “Kejayaan”, hasil cetusan idea dari salah seorang guru SK Indera Shahbandar sendiri.


No comments:

Post a Comment

Majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu