SEKOLAH TRANSFORMASI 2.0

SEKOLAH TRANSFORMASI 2.0

Kata Aluan Guru Besar




Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Syukur Alhamdulillah kita panjatkan rasa kesyukuran kepada yang maha Kuasa atas inayahnya membuka minda guru-guru Pendidikan agama Islam SK Indera Shahbandar akhirnya wujudlah satu Blog yang direka khusus untuk surau sekolah SK Indera Shahbandar.

Blog ini nampak agak terlalu "simple" mungkin ini adalah satu titik permulaan bagi guru-guru Pendidikan Islam. Inovasi dan kreativiti inilah yang perlu kita selalu cari dan kita jelmakan di kalangan Guru-guru kita. Keinginan membina sesuatu yang baru inilah yang perlu kita cari.

Harapan saya dengan adanya blog ini, bukan sahaja memberi input dan informasi kepada semua pengujungnya , malahan ia juga boleh di jadikan suatu media untuk penyampaian ilmu-ilmu yang amat berguna bagi mengimarahkan lagi surau yang ada di sekolah ini.

Sesuai dengan perkembangan semasa, bidang teknologi maklumat harus di cebur dan di segarkan di kalangan semua guru tidak kira mereka itu guru matapelajaran apa. Kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang dan lari dari perkembangan masakini.

Semoga Blog ini akan terus di kemaskini dan ditampilkan dengan ilmu-ilmu akhirat yang boleh kita kongsikan bersama.

Akhir sekali, jutaan tahniah kepada semua guru yang sama-sama membangunkan dan mengimarah surau SK Indera Shahbandar ini. Semoga kerja buat kita yang dilakukan dengan "tanpa Syarat" ini akan mendapat keberkatan dari Allah swt.




Wallahualam.........

No comments:

Post a Comment

Majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu